This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. blogger theme by BTemplates4u.com.

13 Oct 2014

Kursus PLuG TMK Tahun 5






Bertempat di makmal komputer SMK Dto Dol SAid, Alor Gajah Melaka, kursus PLuG berjalan bermula dari 13 hingga 14 Oktober 2014.

Kursus ini merupakan kursus untuk guuru-guru yang akan mengajar TMK Tahun 5 untuk tahun 2015. Modul-modul yang di ajar di dalam kursus ini melibatkan tajuk Dunia Pengkalan Data dan Sistem Rangkaian.


11 Oct 2014

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam


Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam : Bagi siri tuntutan Cuepacs bagi pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini, besarlah harapan Cuepacs Malaysia yang mahukan lebih daripada biasa. Apatah lagi Cuepacs Malaysia melihatkan sehingga ke hari ini, belum ada lagi penambaikan yang cukup komprehensif melibatkan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.

Ini kerana…..apabila disingkap semula, kali terakhir kerajaan Malaysia mengkaji kenaikan gaji penjawat awam naik adalah sekitar pada tahun 2007 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
7 tahun hampir berlalu tiada kajian susulan dibuat selepas itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Belum ada lagi…Mungkinkah ada sesuatu yang istimewa untuk kakitangan awam bagi Budget 2015 ini?

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 VS Bonus Dua Bulan Gaji?

Itu sebablah, kali ini Cuepacs Malaysia dilihat mahukan pada pembentangan Bajet 2015 Malaysia :
  1. Kenaikan elaun perumahan naik dari RM180 kepada Rm450
  2. Kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) Naik dari RM250 kepada RM300
  3. Kerajaan kawal harga rumah di Malaysia kerana masih ramai lagi kakitangan awam tidak berkemampuan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM) yang dijual pada harga RM150,000 – RM200,000 dan dikurangkan antara RM70,000 – RM130,000
  4. Semakan gaji kakitangan awam setiap 5 tahun sekali
  5. Kenaikan gaji naik kakitangan awam sebanyak 30 di semua peringkat
  6. Pemberian & pembayaran dua bulan bonus penjawat awam
Hasilnya?

Bonus Setengah Bulan Gaji Bajet 2015 Untuk Kakitangan Awam

Seperti yang dijanjikan dan kelaziman, berdasarkan semakan Berita semasa terhadap pembentangan Bajet 2015 Malaysia langsung dari Putrajaya dan juga Dewan Rakyat, kerajaan berbesar hati untuk memberikan kepada kakitangan awam, bonus setengah bulan gaji bagi Bajet 2015 Malaysia ini atau minimum bayaran RM500. Berita Semasa difahamkan pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam ini akan dibayar pada bulan Disember 2014 ini. Nantikan….


27 Sept 2014

Taklimat iThink SK Ganun



Pada 27 September 2014, satu bengkel pengenalan iThink telah didakan pada semua guru-guru SK Ganun bertempat di Makmal Komputer SK Ganun.

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.



Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Bengkel ini telah diadakan pada dua sesi. 

Sesi 1 merupakan pengenalan kepada proses pemikiran ataupun peta pemikiran di dalam ithink. Peta pemikiran melibatkan 8 peta pemikiran.



Sesi 2 pula mengenai Kursus iThink Dalam Talian (KDiT). Kursus ini merupakan kursus yang perlu cikgu selesaikan sebanyak 25 modul. Pada awal taklimat, semua guru diminta untuk menyelesaikan semua modul dalam tempoh 4 minggu.



Guru diminta untuk login menggunakan kad pengenalan masing-maing dan default password adalah ithink123

User id: No kad pengenalan
Password: ithink123